Samaon Ahmad

Mejar (B) Samaon Ahmad adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Batu Kikir, Bahau, Negeri Sembilan. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 6 Jun 1973 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis.Pada 15 Jun 1972 Lt Samaon bersama tiga orang bekas pengganas komunis yang menyerah diri dan anggota dari Rejimen Komando Angkatan Darat Indonesia ditugaskan untuk melaksanakan misi menghapuskan sekumpulan pengganas daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) akan mengadakan perjumpaan.Setelah menjumpai perkhemahan mereka, Lt Samaon membuat perancangan dan memulakan tembakan semburan ke arah ketua pengganas dan membunuhnya. Pertempuran berlarutan buat beberapa ketika sehinggalah semua pengganas terkorban. Hasilnya tiga pengganas berjaya dibunuh dan beberapa senjata seperti submesingan Thompson, stengun dan pistol serta dokumen lain berjaya dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1973.Beliau telah kembali ke rahmatullah selepas solat magrib jam 2000, Rabu, 10 Dis 2014 di Hospital Jitra Kedah. Jenazah telah dikebumikan di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.Bersamalah kita berdoa agar Allah meletakkan roh Allahyarham bersama mereka yang soleh lagi dikasihiNya. (edit oleh Nizam Ahmad)

Berkaitan